Pages

2010/10/14

KAD HIJAU CIDB

Kad Personel Binaan (Kad Hijau)

Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel binaan menjalani ’Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’ selama sehari. Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau. Disamping itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta perlindungan Takaful secara percuma.

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak bina. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Pemohon mestilah mematuhi perkara berikut :

  • terdiri dari individu yang bekerja di tapak binaan.
  • mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
  • berumur tidak kurang dari 16 tahun

Pemohon mestilah mengisi ’Borang UPP1’ dengan lengkap dan lampirkan dokumen sokongan serta bayaran yang diperlukan. Anda akan mengikuti ’Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Personel Binaan’ selama satu hari samaada yang dikendalikan oleh CIDB atau melalui Trainer yang telah dilantik oleh CIDB. Trainer akan mengajukan permohonan tersebut ke CIDB untuk proses pengeluaran kad hijau.

Kolej Unikop Cawangan Melaka(KUCM) , Taman Bukit Cheng Melaka turut menawarkan kursus Kad Hijau CIDB melalui trainer yang dilantik . Kursus Kad Hijau CIDB yang diadakan di KUCM cuma mengenakan bayaran sebanyak RM 100.00 termasuk FI Pendaftaran CIDB , Makan Minum 3 kali sehari dan pentadbiran tempat (bilik kuliah berhawa dingin)
Apakah Manfaat Pemilik Kad Hijau CIDB INI ?
Semua pemegang kad hijau akan mendapat manfaat antaranya seperti berikut:

Perlindungan Takaful selama tempoh kad hijau hidup, pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Untuk bayaran RM 50.00, kad hijau akan hidup selama 2 tahun. Ini bermakna CIDB memberikan perlindungan takaful kepada anda dengan bayaran hanya RM 25.00 setahun!!

Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.

Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.

Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.

Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.
Manfaat Skim Perlindungan Takaful Kad Hijau CIDB adalah seperti berikut:
Kematian akibat kemalangan, 21,000.00
Keilatan kekal akibat kemalangan, 18,000.00
Kematian biasa, 3,000.00
Keilatan kekal seluruh tubuh badan, 3,000.00
Belanja pengkebumian, 500.00
Manfaat wad hospital akibat kemalangan, 25.00 / hari (max 25 hari)

3 ulasan:

UnikopMelaka berkata...

Kursus akan diadakan pada 23/11/2010. PERMOHONAN MASIH DIBUKA

UnikopMelaka berkata...

SILA HUBUNGI 0172450939 UNTUK INFO LANJUT

morase berkata...

harap masyarakat ambil maklum perkara ini.. bayangkan pekerja binaan warga asing datang bekerja di negara kita mereka memiliki kelebihan manfaat dari kad hijau sedangkan anak tak maklum akan kelebihannya... amat digalakkan utk dtg dahulu dengar dan dapatkan penjelasan pasti penyudahnya semua akan mengisi borang utk memiliki kad hijau cidb ini... pastikan jgn ketinggalan..

Catat Ulasan