Pages

2010/07/16

SEJARAH Kolej Unikop

Kolej Unikop merupakan sebuah Kolej swasta (IPTS) yang merupakan anak syarikat koperasi polis. Mula beroperasi sejak tahun 1997 di Taman Koperasi Polis, Fasa 2 Kuala Lumpur.

Kolej Unikop juga dikenali sebagai Kolej dalam kawasan Taman disebabkan lokasinya terletak di kawasan Taman perumahan iaitu yang pertama(HQ) di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur dan yang kedua di Taman Bukit Cheng, Melaka(Cawangan).

Kolej Unikop Kuala Lumpur menawarkan program-program dalam peringkat sijil dan diploma usahasama dengan Universiti Teknologi Mara(UiTM) , manakala di kampus cawangan Melaka pula ditawarkan program-program di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia.

0 ulasan:

Catat Ulasan